Selasa, 01 Julai 2008, petang ini aku mengajak seorang kawan yang memang telah kamceng denganku sejak kecil lagi untuk makan-makan angin kat kawasan kampong kami. Tapi kami tak mau la jalan kaki beb sebab dah reti naik motor. So, aku suruh la kawan aku yang bawak sebab aku ni tak reti nak bonceng orang. Aku baru je belajar so tak la terer mana nak bawak motor jauh-jauh ni. Alkisahnya, kawan aku yang sorang ni pom bukannya pandai sangat, aku jugak yang ajar tapi dia reti nak bonceng aku. Kami bonceng motor kat jalan-jalan kampong je maklumlah takut kena makan saman. Best la mula-mula guna gear satu, lepas tu dua dan seterusnya tiga. Makin lama makin berani la nak bawak laju-laju. Punyalah best hirup udara segar kampong, yang tak best nya sekarang ni musim orang membajak sawah padi kat belakang umah aku tu so udara nya tercemar la sikit. Aku tahankan je la tekak ni demi nak jalan-jalan makan angin kat kampong sendiri, maklumla lusa aku dah kena naik shah alam, study beb. Dah puas round-round kat jalan kampong sendri, aku berani cadangkan kawanku tu untuk ke kampong seberang, ke rumah kawanku yang sorang lagi. Puihhh, punyala jauh rumah dia. Belok sana, belok sini, masuk jalan besar, keluar jalan besar. Lepas borak-borak kejap, kami pun balikla sebab hari dah nak hujan. Kali ni pum aku suruh kawan aku yang bawak motor kapcaiku tu, aku mana berani nak bonceng orang. Disebabkan hari nak hujan dan dah berasa terer, kami pum terus guna gear tiga masa masuk jalan utama. Orait je masa tu, orang kata langit tak gelap lagi..haha..lepas tu ada satu selekoh untuk masuk jalan kampong, aku pum suruhla kawan aku tu belok.. yang aku ni pum satu, tak ingat nak suruh kawan aku tu tukar gear satu. Masa tu kawan aku tu punyala pecut laju, aku ingatkan dia reti nak buat gaya lencong macam dalam Formula 1 tu..nak dibuat kisah malang tak berbau, kawan aku tu tak ingat nak guna brek yang ada dua, tangan lagi, kaki lagi. Kelajuannya masa tu buatkan mulut aku ni terkunci. Jadi kisahnya kawanku ini pum tak dapat lagila mengawal kelajuan motor kapcaiku lalulah menerawang merempuh sebatang pokok yang aku agak-agak dah lama hidup. Kami ni la yang tak berapa lama hidup. Saat-saat genting tersebut aku rasakan semangatku ini semacam sudah terbang dari jasad. Yalah, aku ingatkan motor ni akan terbabas merempuh rumah putih. Aku mula membayangkan hai-hai kepada hospital dan bye-bye kepada uitm. Syukur Alhamdulillah kerana tubuh kawanku tersekat kat pokok so dengan motor dan aku sekali la terjatuh di tepi pokok yang mungkin terkejut gila tu.. aku yang menggelabah gila ni pulak,yang dah jatuh ke tanah segera bangun dari lena lantas mengucapkan kalimah syukur lalu mula menjengok-jengokkan kepalaku ke sekeliling. Ya habibi, orang ramai mula menggerumi kami. Mujur kawanku itu masih mampu berdiri dan kami tidak mengalami kecederaan yang serius. Tuan rumah putih itu pum terkocoh-kocoh keluar bersama anak-anak mereka. Ada sorang budak tu siap bawak tukul lagi. Aku ingatkan nak pukul aku, rupa-rupanya nak baiki motor kami. Orang kat situ memang baik hati. Aku respek ah mereka. Doranglah yang angkat motor aku, betulkan gear, hidupkan motor . Ni lah orang-orang kampong yang sememangnya baik hati. Cuba imagine kalau la kejadian ni berlaku kat bandar, komfem aku kena tunggu orang meh tarik motor ataupun ambulan. Tapi tidak di kampong, budak-budak tu lah tolong fixkam motor aku . Terima kasih banyak2 la adik2 oii.. syukur sangat.. lepas tu kawan aku dah trauma, dia taknak bawak dah motor. Tapi aku pum taknak so aku pum pujukla dia. Tengah kami naik motor tu, budak2 tu menegur yang tayar belakang motorku dah bocor. Aduss, tanpa mempedulikan keselamatan kerana hari yang hujan kami meneruskan perjalanan kami sejurus mengucapkan terima kasih. Ceyh, muka ni dah tebal dek malu. Motor mula meragam maklumla tayar dah bocor. Suku jalan kemudian kami putuskan untuk gelek jerla motor bimbang kot2 t’babas masuk sawah padi. Tengah-tengah gelek motor tu adalah sorang budak naik basikal mengekori dari belakang. Rupa-rupanya budak tadi yang tolong ketukkan gear motorku. Aku sungguh terharu rasa macam nak menangis je, budak tu sanggup naik basikal meredah hujan untuk memastikan yang kami ni okey ke tak, maklumla jalan yang kami lalui tu jalan kampong, tak ada orang. Walaupun dia tak mengaku tapi aku tau. Inilah kehidupan di kampong yang saling membantu setakat yang mampu. Walaupun sedikit yang kita ada, namun sedikit itulah yang akan kita hulurkan kepada orang yang lebih memerlukan dari kita. Lil bro, u really teach me a lesson. Aku harap aku pulak yang dapat tolong budak tu suatu hari nanti. Walaupun bukan budak tu, orang lain pun orait gak..Amin.
Comments