A note to ‘friend’

Kadang-kadang aku rasakan yg hidup aku ni dah xbermakna. N kadang2 tu aku benci menjadi diriku. Lack of everything. Special of nothing. N kadang2 tu aku suka b'kawan, mencipta kawan baru dan b'gurau senda dgn kawan-kawan. N kadang2 aku juga mudah menyerahkan hatiku kpd seorang kawan. Aku percaya yang dialah kawan dunia akhiratku. Bila dia sakit aku sakit. Bila dia hepi aku hepi. Saat tu aku rasa dunia ni indah belaka. Tapi ALLAH itu Maha Kaya. Kami diuji. Aku diuji. Saat aku berduka, aku kegelapan, hilang dalam balam, air mata teman setia. Dia menghilang saat aku gentir dalam hidup, menggapai dahan yang xpenah timbul2. Aku sedih. Hanya itu yang mampu aku ucapkan saat ini, saat hilangnya kawan dari hidupku. Bukan aku sengaja ingin mendiamkan diri darimu tapi ketahuilah saat aku kelam kemanakah kau menghilang? Mungkin sedang membuka tawa baru bersama temanmu yang jauh lebih elok dariku. Jika itulah rencanamu, minggirlah kamu dariku. Aku lebih rela kehilangan kawan sepertimu dari terus lenyap dalam perhubungan palsu. Apa gunanya kawan kalau hanya untuk gurau tawa? Bukan sekali hati ini disakiti olehmu, aku pendamkan kerana atas prinsipku aku berharap kau berubah. Namun kau makin betah. Aku tidak mampu mengikut rentakmu lagi. Mungkin kau akan mengatakan aku ini sensitif. Dan sememangnya aku ini sensitif. Aku terkilan dengan persahabatan kita. Walaupun ku tahu kekuranganmu ku terima jua. Dan ku tahu kau tidak ingin menerima kekurangan ku. Terlalu banyak pekungku denganmu dan ku harap pekung itu akan kau kuburkan bersama persahabatan kita. Aku tahu mungkin aku ini bersikap kejam tapi ketahuilah aku tidak mampu menanggung kecewa lagi dari permainan mu. Sudah banyak yang aku pendamkan sampai aku berduka lara seperti lembaga yang hilang akal. Tapi ketahuilah juga aku tidak akan menyerah kalah lagi kepada keegoanmu. Ya ALLAH, ampunkan dosa aku kerana memutuskan tali silaturrahim ini. We're no more bff. We're just friend. No more than that.

Comments